Monday, October 6, 2008

Kecewa Di Malam Valentines....

Kecundang di malam valentines..

Petang itu Malek balik kerja awal seperti biasa. Sampai di rumah, Malek Marzoki terus mandi dan bersiap2 unt keluar. Maklumla hari ni kan 14 febuari, jadi malam ni tentu smua org yg sedang bercinta seperti dirinya akan menyambut valentine's day dgn orang yg tersayang.
Malek tidak sabar lagi unt berjumpa dgn Linda. Kekasih yg br dikenali melalui ruangan chating di internet. Akhirnya saat yg di nantikan pn tiba.

Linda kini berada didepan mata. Memang cantik, jauh lebih cantik dr dlm gambar yg pernah malek lihat sebelum ini. Malek berharap sekurang2nya biarla Linda tau yg dia tidaklah kolot sgt walaupun seumur hidup Malek tidak pernah berdating sebegini. Maklumla Malek bekas pelajar sekolah agama, sembahyang pn tak pernah tinggal. Kalau kawan2 serumah Malek tau, memang mereka semua terkejut.Setelah menjamu selera dan menonton wayang, dan hari pun sudah lewat malam tiba2 timbul niat jahat di hati malek.

Malek berasa rugi sekiranya dia menghantar Linda pulang. Lagipun Linda kelihatan manja dengan senyuman dan lirikan mata serta liuk lentok tubuhnya seperti memberitahu dia masih ingin bersama Malek. Dia ingin menghabiskan malam Valentine ini bersama si kekasih. Malek ingat pd dosa, tetapi dia tidak mahu melepaskan keseronokkan ini. Dia tidak pernah melalui saat berdua2an bersama gadis seperti ini. Lantas Malek terus mengajak Linda bermalam dirumahnya. Linda tanpa byk soal terus setuju.

Sampai dirumah Malek lihat suasananya sunyi sepi. Gelap. Tiada seorang pun kawannya dirumah. Malek tidak melepaskan peluang. Tv dibuka. Malek menyusun strategi. Malek tidak mahu gelojoh. Linda pn bukan main manja lagi. Kepalanya dilentokkan ke bahu Malek. Malek merangkul bahu Linda lalu direbahkan keribanya. Dia sudah bayangkan sesuatu yg akan berlaku pd mlm ini

dan...

TOK! TOK! TOKK!!!TOK! TOK! TOK!!!

Tiba2 pintu rumah diketuk dgn kuat ketika tangan Malek br nak merayap ke tubuh Linda. Malek panik. Linda yg td berbaring di ribanya bingkas bangun membetulkan pakaian.

ASSALAMMUALAIKUM!! ASSSALAMUALAIKUMM!!!

Kedengaran pula suara orang memberi salam dr luar. Malek bertambah panik. Malek mula tidak tentu arah. Linda pucat lesi. " Waalaikumsalam... "Sape tu" jawap Malek memberanikan diri.

"Ini JAIS..

Boleh tolong bukak pintu tak?"jawap suara dr luar.

JAIS???

Apabila terdengar saja jawapan itu, seluruh anggota badan Makek menjadi lemah longlai. Terus Malek membayangkan ibu dan ayah di kampung. "Habislah aku malam ni" Malek rasa nk menangis. Macam2 perkara silih berganti datang dalam fikirannya. Lepas ni tentu dia masuk mahkamah. Silap2 masuk surat khabar.
Malu, maluuuu...Tiba2 timbul rasa menyesal.

"JAIS ni! Cepatla bukak pintu..!!" suara di luar makin keras.

Linda mula menangis teresak2. Pantas dia menarik tangan Linda menuju ke belakang. Malek buka pintu dapur.

"you lari terus ikut semak tu, sampai u jumpa jalan besar, ambik cab, terus balik rumah. Esok i call u ok" kate Malek tergagap2. Tanpa byk soal Linda berlari dgn lajunya meredah semak samun dibelakang rumah Malek tanpa memakai kasut. Setelah Linda hilang dr pandangan Malek memberanikan diri membuka pintu. Alangkah terkejutnya Malek bila terpandang seorang lelaki dgn jaket hitan berdiri diluar.

"Errr... Encik ke yg ketuk pintu tadi?

Err.. Errr... Encik ni sape?"tanye Malek terketar2.

"Haah... Lame saya ketuk td. Ingatkan abang kt toilet.
Nama saye Jais, kawan rahman, budak serumah abg.
Rahman ade rumah tak?"tanya pemuda itu semula pd Malek.
"Err.. Sape nama kau td?" tanya Malek skali lagi. :
"JAIS... JAIS Bin Mat Sood. Kenape bang?"
"Err..takde pape" jawap Malek perlahan.
Waktu tu Malek rasa macam nak cekik2 je leher mamat bernama Jais tu td.
Die ingatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Rupe2nye...

0 comment: