Thursday, September 12, 2013

Bayangkanlah..



Aku rindu... stop!

Thursday, June 2, 2011

Hanya lafaz yang tersimpan...

Apabila emosi dan hati menjadi sangat tersentuh, ukiran kata-kata indah pun tak mampu nak mengambarkan. Apabila emosi dan hati menjadi sangat tersentuh, kita hanya banyak berfikir daripada berkata-kata tentangnya...

Kadang-kadang tak terucapkan kata hati..dan tak dapat ditulis apa yang mahu dikata. Kerdip mata berbicara sedang lidah kaku. Hanya menjadi lafaz yang tersimpan.

Saturday, March 19, 2011

Japanese Soft Cotton Cheese Cake







Semalam buat kek ni.. First time try terus jadi. Sangat yummy wa cakap lu! Hubby pun sangat suka. Hmmm... next time boleh buat lagi dan nak add coklat moist pulak. 




Bahan-bahan ( 8-inch cake pan )

Bahan A:
250g cream cheese
50g butter (1/4 measurement cup)
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine (1/2 measurement cup)
20g tepung jagung/cornstarch (1/4 measurement cup)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

Utk adunan A:
Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).

Utk adunan B:
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.

Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

*kalau gune loyang (cake pan) yg biasa tu x payahla balut dengan aluminium foil.

Monday, March 7, 2011

Pekerja atau kuli

Kadang-kadang kita tak pernah ambik tau pun tentang hak kita sebagai perkerja. Tak kisahlah samaada pekerja tetap ke, kontrak ke ataupun sambilan. Yang kita tau, gaji sebulan berapa tauke? Masuk pukul berapa encik? Balik pukul berapa tuan? Cuti berapa hari boleh ambik bos? Perkara yang asas sahaja. Pernah tak kita terfikir apa hak seorang pekerja? Apabila sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku barulah kita terkial-kial cari pejabat buruh. Tentulah lumrah! baru-baru ni berlaku kepada biarlah aku gelarkan dia Si 'A'. Pada mulanya 'A' ditawarkan bekerja di sebuah syarikat IT di Kuala Lumpur. Sebelum 'A' bekerja di situ, dia telah memohon pelbagai jawatan kosong baik di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta. Untuk menampung sagala hutang piutang kerana ketiadaan kerja yang agak lama 'A' merima sahaja tawaran yang datang daripada syarikat 'B'. Pada permulaan gajinya akan dibayar sebanyak RM1500 sebulan mengikut kelayakan dan pengalaman yang Si 'A' ni ada. Bermula bekerja dari hari isnin hinggalah jumaat dan cuti bekerja adalah sabtu dan ahad. 'A' diletakkan di bawah pengawasan seorang senior yang pada masa itu sedang mengandung. Hari pertama seniornya ada bersama-sama 'A' untuk menerangkan segala tugas-tugas yang akan digalasnya. Sebelum itu, senior 'A' akan memberinya surat perjanjian pekerjaan iaitu satu perjanjian yang amat dinanti-nantikan oleh setiap perkerja baru. Tapi malangnya surat itu tidak kunjung tiba kerana kesibukan senior kepada Si 'A' ni bermesyurat. Hari kedua seniornya mengambil cuti sakit selama dua hari dan ini diikuti oleh hari ketiga, keempat dan seterusnya kelima dan genaplah seminggu seniornya tiada kerana cuti sakit. Pada permulaan minggu kedua si 'A' bekerja di situ, tanpa menandatangani sebarang surat perjanjian, tiba-tiba dia mendapat panggilan telefon daripada syarikat 'C'. Syarikat 'C' adalah sebuah syarikat yang berprofil tinggi dan gaji yang ditawarkan adalah lebih tinggi dari syarikat 'B'. Tanpa berfikir panjang Si 'A' pun menerima tawaran tersebut. Ini beerti 'A' bekerja di syarikat 'B' hanyalah selama enam hari sahaja. Dia meletakkan jawatan serta-merta (24 jam) berkuatkuasa pada hari yang ketujuh. Dah tentulah gajinya akan dibayar kemudian. Tetapi malangnya apabila Si 'A' menuntut gajinya yang bekerja selama enam hari, telah ditolak atau dalam kata lainnya tidak dilayan atau tidak akan diproses kerana 'A' tidak menandatangani sebarang perjanjian pekerjaan bersama syarikat 'B'. Di sinilah segala kekeliruan terjadi. Si 'A' yang tahu akan haknya telah menjelaskan segala-galanya kepada pihak atasan syarikat 'B' tentang surat tersebut. Seniornya yang terlalu rajin mengambil cuti sakit juga tidak melayaninya! Siapa yang harus dipersalahkan? Si 'A'? Seniornya? atau pihak syarikat 'B' yang sambil lewa? Walaupun hanya enam hari sahaja, itu adalah hasil titik peluh pekerja. Akhirnya Si 'A' tiada pilihan lain selain menggunakan Jabatan Buruh sebagai jalan penyelesaian untuk segala permasalahannya. Mujur 'A' tahu bertindak dan bukan dipijak!. Setelah berhempas pulas menegakkan haknya, akhirnya syarikat 'B' telah bersetuju untuk membayar gajinya yang hanya selama enam hari itu. Pengajaran buat yang lain. Kita pekerja harus tahu hak dan faedah-faedah telah diperuntukkan untuk kita.

*Apakah yang dimaksudkan dengan Kontrak Perkhidmatan?

*Sebarang perjanjian (sama ada lisan atau bertulis dan sama ada dinyatakan atau dibayangkan) di mana seseorang itu bersetuju untuk mengambil seseorang yang lain bekerja dan pekerja itu pula bersetuju untuk berkhidmat kepada majikannya sebagai seorang pekerja. Termasuk kontrak perantisan.

Saturday, March 5, 2011

Membesar dengan mereka




Sesiapa yang lahir di zaman 80an mesti membesar dengan lagu-lagu cintan cintun kumpulan rock kapak. Siapa tak kenal nama Search, Wings, Iklim, Laksamana, XPDC dan banyak lagi kumpulan rock yang pernah menghiasi persada seni suatu masa dulu. Tahun berganti tahun, sekarang cuma beberapa kerat jer kumpulan rock yang masih aktif. Itupun jarang-jarang sekali baru nampak muka.

Dulu turun je ke bandar, mesti akan terjumpa mat rock melepak kat bus stand, taxi stand, panggung wayang  atau kat kedai makan. Rambut, perghhh..mesti melepasi bahu. Kalah rambut orang perempuan masa tu. Kalau tengok dari belakang, sebijik macam perempuan. Seluar jeans of coz lah koyak kat lutut. Tak rock lah brader pakai seluar slack. Baju mesti kaler hitam. Ada ker mat rock pakai baju kaler pink. Nanti tak pasal2 kena gelak. Kat tangan mesti ada pehiasan, gelang dan cincin besi atau perak. Tapi rock rock jugak. Ramai mat rock yang aku jumpa masa tu, sampai waktu jer mesti ke surau untuk solat. Mat rock beriman... Kadang-kadang mat rock ni muka jer nampak ganas, tapi dalam hati ada taman bunga.

Zaman sekolah dulu, aku suka dengar lagu rock kapak ni. Masa tu aku suka sangat segmen permintaan lagu kat radio muzik. Time malam jer mesti dah standby depan radio bersama kaset kosong. Sebaik jer lagu dimainkan, tap!! tekan butang record. Tapi selalu jugak plan rosak bila time lagu sedang berkumandang, tetiba keluar suara dj atau iklan. Hampeh... kena rewind kembali kaset tu dan tunggu lagu seterusnya.

Masa tu memang gila ah. Sanggup simpan duit semata-mata nak beli kaset kumpulan rock. Bila dapat jer tiap-tiap hari mainkan kaset tu sampai naik boring mak aku dibuatnya. Balik-balik putar lagu yang sama jer.. Tapi sekarang ni orang dah tak mainlah kaset ni. Pakai cd lagi mudah. Tak payah tercegat menunggu depan radio, download jer kat internet. Bagi aku, cara lama lagi best. Ada sentimental value

Nak listkan beberapa lagu yang aku suka dengar sejak dulu sampai sekarang. Walaupun sudah belasan tahun berlalu tapi lagu-lagu ni tetap sedap didengari sampai sekarang. Nak karaoke pun sodap. Apa pun nasihat tuan blog, dengar-dengar jugak tapi jangan sampai melalaikan dan terlupa solat.

Selepas hujan...

Lokasi: Di rahsiakan.
Waktu: 7.19pm
Tarikh: 10 Febuari 2009
Keadaan sekeliling: BiaseSuhu: Normal
Keadaan diri aku: Occay~!!
Lagu: Sini takde winamp

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim..

Update di sini? Sempat lagi? hehehe...
Byk cerita. Tapi tak mampu nak cerita semua. Masa yang terhad, kemudahan yang tak berapa nak ada. menghalang aku nak cerita semua. Nantilah, bila semua ok akan ku cerita..

Terima kasih.
Pada kawan aku, yang menemukan aku dengan laman sesawang peribadi dia itu.
Terima kasih, pada dia yang menceritakan hal aku di laman sesawang peribadi dia itu.
Terima kasih, pada dia yang mendoakan perkara itu di laman sesawang peribadi dia itu. Aku kira, tuhan makbulkan doa itu. Dan semoga tuhan terus memakbulkan doa-doa dia yang lain juga. Dan semoga tuhan terus memberikan kebahagiaan pada dia. Dan semoga tuhan terus memberi kekuatan pada dia. Dan semoga tuhan terus melindungi dia.

Hehe..Update?
Heh..suke aku la kan.
Blog aku. Tapi, pada sapa yang dah biasa.
Bila rajin update. Hari hari mau. Bila Datang mood malas.
Hari hari tak mau. Mau? Tak Mau?

keje aku dah beresss.
FUh...lega beb ... lega.......
hahahaha.. lega woo!!
SUka WoooOOO! Dan mcm biasa, last-last minit ni adalah perangai aku, dan mungkin aku dah tersebar ke seluruh penduduk tmpt aku keje.

Mmg jawabnye semua last minit.
Ah ape nak peduli. Janji beres.

Semalam semuanya normal.
Tak tenangkah aku?
Aku perlukan rawatan?
Ubat ape aku nak makan?

Katanya aku berpe'el..
Siapa sebenarnya..

Aku okkay!
Okkay je aku!
Memang aku okkay!

Wahai shabat dengarlah..

Satu ketika dulu aku pernah berdoa
Doa aku di tempat yang paling suci.
Doa untuk merubah dan berubah
Dengan sepenuh hati
sepenuh jiwa

Sebahagiannya..

"Jika dia"

Friday, March 4, 2011

Andai Ku Miliki Semalam - Search