Monday, March 7, 2011

Pekerja atau kuli

Kadang-kadang kita tak pernah ambik tau pun tentang hak kita sebagai perkerja. Tak kisahlah samaada pekerja tetap ke, kontrak ke ataupun sambilan. Yang kita tau, gaji sebulan berapa tauke? Masuk pukul berapa encik? Balik pukul berapa tuan? Cuti berapa hari boleh ambik bos? Perkara yang asas sahaja. Pernah tak kita terfikir apa hak seorang pekerja? Apabila sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku barulah kita terkial-kial cari pejabat buruh. Tentulah lumrah! baru-baru ni berlaku kepada biarlah aku gelarkan dia Si 'A'. Pada mulanya 'A' ditawarkan bekerja di sebuah syarikat IT di Kuala Lumpur. Sebelum 'A' bekerja di situ, dia telah memohon pelbagai jawatan kosong baik di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta. Untuk menampung sagala hutang piutang kerana ketiadaan kerja yang agak lama 'A' merima sahaja tawaran yang datang daripada syarikat 'B'. Pada permulaan gajinya akan dibayar sebanyak RM1500 sebulan mengikut kelayakan dan pengalaman yang Si 'A' ni ada. Bermula bekerja dari hari isnin hinggalah jumaat dan cuti bekerja adalah sabtu dan ahad. 'A' diletakkan di bawah pengawasan seorang senior yang pada masa itu sedang mengandung. Hari pertama seniornya ada bersama-sama 'A' untuk menerangkan segala tugas-tugas yang akan digalasnya. Sebelum itu, senior 'A' akan memberinya surat perjanjian pekerjaan iaitu satu perjanjian yang amat dinanti-nantikan oleh setiap perkerja baru. Tapi malangnya surat itu tidak kunjung tiba kerana kesibukan senior kepada Si 'A' ni bermesyurat. Hari kedua seniornya mengambil cuti sakit selama dua hari dan ini diikuti oleh hari ketiga, keempat dan seterusnya kelima dan genaplah seminggu seniornya tiada kerana cuti sakit. Pada permulaan minggu kedua si 'A' bekerja di situ, tanpa menandatangani sebarang surat perjanjian, tiba-tiba dia mendapat panggilan telefon daripada syarikat 'C'. Syarikat 'C' adalah sebuah syarikat yang berprofil tinggi dan gaji yang ditawarkan adalah lebih tinggi dari syarikat 'B'. Tanpa berfikir panjang Si 'A' pun menerima tawaran tersebut. Ini beerti 'A' bekerja di syarikat 'B' hanyalah selama enam hari sahaja. Dia meletakkan jawatan serta-merta (24 jam) berkuatkuasa pada hari yang ketujuh. Dah tentulah gajinya akan dibayar kemudian. Tetapi malangnya apabila Si 'A' menuntut gajinya yang bekerja selama enam hari, telah ditolak atau dalam kata lainnya tidak dilayan atau tidak akan diproses kerana 'A' tidak menandatangani sebarang perjanjian pekerjaan bersama syarikat 'B'. Di sinilah segala kekeliruan terjadi. Si 'A' yang tahu akan haknya telah menjelaskan segala-galanya kepada pihak atasan syarikat 'B' tentang surat tersebut. Seniornya yang terlalu rajin mengambil cuti sakit juga tidak melayaninya! Siapa yang harus dipersalahkan? Si 'A'? Seniornya? atau pihak syarikat 'B' yang sambil lewa? Walaupun hanya enam hari sahaja, itu adalah hasil titik peluh pekerja. Akhirnya Si 'A' tiada pilihan lain selain menggunakan Jabatan Buruh sebagai jalan penyelesaian untuk segala permasalahannya. Mujur 'A' tahu bertindak dan bukan dipijak!. Setelah berhempas pulas menegakkan haknya, akhirnya syarikat 'B' telah bersetuju untuk membayar gajinya yang hanya selama enam hari itu. Pengajaran buat yang lain. Kita pekerja harus tahu hak dan faedah-faedah telah diperuntukkan untuk kita.

*Apakah yang dimaksudkan dengan Kontrak Perkhidmatan?

*Sebarang perjanjian (sama ada lisan atau bertulis dan sama ada dinyatakan atau dibayangkan) di mana seseorang itu bersetuju untuk mengambil seseorang yang lain bekerja dan pekerja itu pula bersetuju untuk berkhidmat kepada majikannya sebagai seorang pekerja. Termasuk kontrak perantisan.

0 comment: