Tanda 100 hari..
Tanda pertama dr Allah Swt kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yg dikehendakiNYA. Walau bagaimanapun smua org islam akan mendapat tanda ini samaada mereka tdk sedar atau tidak shj. Tanda biasanya akan berlaku pd selepas waktu asar. Seluruh tubuh iaitu dr hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil.
Tanda 40 hari..
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pd ketika ini daun yg tertulis nama kita akan gugur dr pokok yg letaknya di Arash Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persedian. Ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Tanda 7 hari..Apapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yg diuji dgn musibah kesakitan dimana org sakit yg tidak makan, tiba-tiba ia berselera unt makan.
Tanda 3 hari...
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi byk najis dan akan memudahkan urusan org yg akan memandikan kita nanti. Ketika ini mata hitam kita juga tidak akan bersinar lagi. Dan bg org yg sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat di kesan jika kita melihatnya dr bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam. Telapak kakinya akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari...
Akan berlaku sesudah waktu asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu ubun-ubun. Ini menandakan kita tidak sempat unt menemui waktu asar keesokkan harinya.
Tanda akhir...
Akan berlaku dimana kita merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ia akan turun ke pinggang dan seterusnya naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan malaikat maut unt menjemput kita kembali kepada Allah swt yg telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan kita pula..
Selamat hari lahir
7 years ago
0 comment:
Post a Comment