Monday, October 6, 2008

Senyum Pisang.....

Senyum 1....

Muthu yg koma selepas keretanya melanggar sebatang pokok telah dibawa mengembara ke alam ghaib. Kedatangan Muthu di alam ghaib itu disambut oleh suatu lembaga yg bertubuh besar dan hitam. Lembaga itu kemudian membawa Muthu berjalan2 disebuah bilik yang besar dan cantik. Tetapi bilik itu aneh..

"Encik lembaga, kenape bilik ini penuh dengan jam" tanya Muthu apabila mendapati beribu2 buah jam digantung pd dinding bilik besar itu. "setiap jam mewakili seorang manusia yg ada di tempat tinggal kamu. Sekali dia berbohong, sekali jarumnya bergerak"jawap lembaga itu. Ia kemudian menambah, "cuba tengok jam merah disana tu. Itu jan Kuppusamy, penjual kereta. Tengok dekat2, haa... Tu jarumnya bergerak skali. Beberapa ketika kemudian, jarum jam berputar lagi, 'klik', 'klik' dan 'klik'. Itu maknanya Kuppusamy tengah menipu bakal pembeli keretanya" terang lembaga hitam itu. Mereka terus berjalan dan Muthu bertanya lagi, "itu jam sape pula encik lembaga" sambil menunjuk kearah sebuah jam yg jarumnya diselaputi sawang labah2. "Oo.. Itu jam Aci Komala. Kamu kenal dia kan? Aci Komala seorang janda, baik hati, pemurah dan dia tidak berbohong. Sudah 10 tahun jarum jamnya tidak bergerak sebab tu ade sawang labah2."

Mereka terus berjalan ketika hampir ke pintu keluar. Muthu tiba2 teringat dia belum melihat lg jam pemimpin politiknya. Dimana jam yg mewakili ketuanya itu?Lembaga hitam itu tersenyum. "tengok kt atas tu", jawap encik lembaga sambil menunjukkan ke arah sebuah jam besar yg dijadikan KIPAS SILING! (serentak itu Muthu terjaga dr komanya. Unt pengetahuan anda, Muthu tidak pergi mengundi dalam pilihanraya umum baru2 ini)

Senyum 2....

Chot br habis bermain bola sepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Chot mendapati ada kesan kemik di sebelah pintu penumpang seperti dilanggar orang. Keesokan harinya, Chot membawa kereta itu ke bengkel. Ah Beng yg sememangnya tahu akan kebendulan Chot, cuba mempermainkannya. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya, pintu kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.Chot pun pulang ke rumah dan terus meniup melalui lubang ekzos keretanya. Phhuuhh!! Phhhuuuhhh!! Tiada apa2 yg berlaku. Chot meniup dgn lebih kuat lg namun pintu keretanya yang kemik itu tidak juga kembung.Teman serumahnya, Sood,bagaimana Ah Beng si mekanik workshop telah mengarahkannya unt meniup melalui ekzos kereta supaya kemik di pintu keretanya akan kembung semula. Sood menepuk dahi. Dia ketawa berdekah2 sambil berkata, "Awat la hang ni mangkuk sangat, Chot oi? Hang tutupla semua cermin tingkap kereta hang ni dulu, barula boleh!"

0 comment: