Monday, October 6, 2008

Perginya Seorang Patriot....

Mohammed Ali bin Abd Rahman. Dilahirkan pada 7 julai 1922. Seorang ayah kepada 10 orang anak. Abd Rahman, Adauwiah, Zainol Bahar, Hairani, Rosni, Azlan, Azmah, Azmi, Azizah, Aliza dan Azman. Di kagumi dan dihormati kerana sifat ikhsan diantara keluarga dan rakan2nya. Di kalangan keluarga dan teman2 beliau adalah pencetus inspirasi sebagai seorang yg mempunyai byk pengalaman sepanjang hidupnya. Melalui pelbagai dugaan dan cabaran sejak kebangkitan era tanah melayu lagi. Saat2 terakhir beliau ditemani oleh seluruh ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai beliau yg tak putus2 datang melawat. Jasa dan ikhsan beliau amat dikagumi oleh mereka. Tak hairanlah semasa hari pengebumian beliau, rumah kami dibanjiri oleh orang ramai tidak kira dari jauh dan dekat unt turut serta dalam solat jenazah. Terima kasih yang tidak terhingga dari kami sekeluarga. Buat atuk yg tersayang, Al Fatihah dari kami semua..

0 comment: