Monday, October 6, 2008

Ayat-ayat cinta...




Aku tak tau samaada korang dah tengok ke belum filem ni. Ini bukan kisah cinta biasa tau.. Ketika islanm dihina dengan hadirnya filem pendek dari belanda bertajuk FITNA, karyawan dari indonesia menampilkan Filem Ayat-Ayat Cinta yang memaparkan kisah cinta anak muda berlandaskan agama. Ayat-ayat cinta diadaptasikan dari novel karya penulis Habirurrahman El-Shirazy. Novelnya mempunyai landasan agama yang begitu tebal. Setiap bab mengutip ayat-ayat Al-Quran sebagai dasar dan hadis-hadis tertentu sebagai rujukan. Filem ni memaparkan soal moral, fitnah, pergaulan, rasuah dan poligami. Ada juga diselitkan persepsi barat mengenai kejadian 11 september 2001 serta kisah Zulaikha memfitnah Nabi Allah Yusuf memperkosanya. Ibarat kisah seorang lelaki yang begitu dikagumi oleh kaum wanita hanya kerana akhlak dan sifat terpuji seseorang lelaki itu sehingga membuatkan mereka telah jatuh cinta terhadapnya. kalau korang nak tau lebih lanjut lagi korang kene pegi tengok filem ni sekarang!!!

0 comment: