Saturday, February 26, 2011

Julie Dan Julia



Kisah tentang 2 orang tukang masak berlainan masa dan zaman. Julia Child seorang wanita berkahwin pada usia 40 tahun dan masih lagi dara! Suaminya seorang kakitangan kerajaan yang berkhidmat di kedutaan USA. Selepas berkahwin suami Julia, Paul Child  memulakan tugas di kedutaan USA di Paris. Di sinila bermulanya kebosanan Julia sebagai seorang isteri yang terlalu banyak masa terluang. Bagi mengisi masa terluang itu, dia memilih untuk menyertai kelas membuat topi dan beralih pula ke kelas bermain terup! Tapi semua itu tidak dapat menghilangkan rasa bosan beliau. Akhirnya dia memilih untuk belajar memasak di sebuah institusi "culinary art" di Paris. Dari kelas asas memasak beliau beralih ke kelas profesional iaitu untuk menjadi seorang chef masakan Peranchis terkemuka. Beliau dikagumi kerana bakat dan idea beliau untuk menjadikan sesebuah masakan itu begitu sedap! Julia Child menjadikan hobi beliau yang pada mulanya hanya mengisi kebosanan kepada kerjaya yang menjadikan beliau dikenali di seluruh dunia. Pada awalnya beliau hanya menulis resepi-resepi yang diciptanya untuk simpanan tetapi ianya bertukar menjadi sebuah transkrip buku masakan. Setelah hampir berputus asa  untuk mencari penerbit bagi menerbitkan buku masakan beliau akhirnya ia terlaksana juga dengan ulangan cetak yang entah keberapa puluh kali sehingga kini. Beliau mempunyai beratus-ratus resepi masakan Peranchis dari pembuka selera hinggalah  ke hidangan pencuci mulut enak-enak sekali. itu kisah Julia Child di zaman 1940an dulu.



Julie Powell pula adalah seorang pekerja kerajaan yan bertugas di New York. Beliau berkahwin bersama Eric Powell dan tinggal di atas kedai Pizza. Julie juga bosan dengan menjalani rutin kehidupan yang hampir sama pada setiap hari. Tetapi Julie memang handal memasak dan bakatnya dikagumi oleh suami beliau sendiri. Dari idea untuk menulis Blog tentang masakan oleh suaminya Julie telah menjadikan tugasan itu sebagai satu cabaran. Tempohnya adalah selama 365 dengan 524 resepi yang perlu beliau masak pada setiap hari. Bermula pada hari pertama Julie memasak berpandukan resepi dari buku yang diterbitkan oleh Julia Child dan beliau perlu menulis tentang kesemua pengalaman memasak itu di dalam sebuah blog! Selama 365 pelbagai resepi yang Julie hasilkan. Ada yang menjadi dan ada juga yang tidak. Daripada resepi-resepi idola beliau iaitu Julia Child, Julie juga dikenali ramai dan akhirnya beliau muncul di ruangan akhbar New York Times. Julie dikagumi dan pelbagai peluang ditawarkan kepada beliau untuk menjadi penulis Buku masakan. 

Ini adalah kisah benar dan difilemkan pada tahun 2009. Julia Child telah meninggal dunia pada 2002 di usia 91 tahun. Beliau juga tahu tentang Julie Powell yang telah menjadikan dirinya rujukan untuk berjaya seperti beliau cuma beliau tidak berapa suka dengan idea Julie menulis di Blog dan menjadikannya Popular! Julie pula telah berjaya menerbitkan buku Biografi Julia & Julie dan beliau juga banyak menulis pengalaman beliau ketika di dapur.

0 comment: