Thursday, November 11, 2010

Mari bercerita tentang diri sendiri...

Aku ada beberapa kenalan yang penyakitnya suka bercerita tentang kehebatan diri sendiri. Ianya sangat memualkan, tambah-tambah kalau kita tau dia memang sah-sah menipu. Ada yang depan mata sah-sah dah kantoi pun dia nak menipu lagi.
Bercerita tentang diri sendiri tiada salahnya, macam aku menceritakan apa yang aku ceritakan dalam blog aku. Tapi apabila penceritaan itu diiringi dengan niat utama untuk membangga-banggakan diri sendiri, ianya sangat pathetic.
Aku tak percaya ‘pencerita kehebatan sendiri’ tu melakukannya dengan tak sengaja, tanpa niat sum’ah & riak. Aku tak percaya. Sebabnya? Sebab orang lain tak buat macam tu pun. Orang lain boleh saja berbicara pasal keadaan sekitar, isu semasa, hiburan, politik, ekonomi, antarabangsa & lain-lain lagi, tapi dia memilih untuk menceritakan kisah hidupnya juga. Aku buat apa, aku dapat tu, aku dapat ni, aku aku aku aku & aku.
Interestingly, puak-puak sebegini sebenarnya memang tak tau apa-apa kecuali yang dia tau “aku memang hebat”. Tanyalah dia isu apa-apa, yang kritikal, yang current, dia memang tak tau. Agaknya sebab tu lah dia mengambil jalan menghikayatkan dongeng kisah hidupnya sendiri.
Aku ada terbaca kat buku mane ntah, sindrom begini berlaku kerana ke’inferior’an pemilik badan. Dia rasa diri dia tak cukup hebat, orang tak minat nak memperkatakan tentang dia, orang tak amik kisah pasal dia, so dia decide biar dia sendiri bercerita pasal diri dia. Mungkin dia pernah mengalami sesuatu perkara atau pengalaman di masa silam yang ingin dilupakan, maka untuk menyuruh orang lain juga melupakan peristiwa itu dengan sama-sama mendengar kehebatan hidupnya sekarang (yang taklah hebat pun). Yang menariknya, di kemudian hari dia berjaya membuktikan yang dia popular di kalangan orang sekitarnya. Sebabnya? Tak lain tak bukan, perangai ‘bercerita tentang kehebatan diri sendiri’ itulah yang membuatkan dirinya glemer. Aku harap pemilik penyakit ini juga merasakan itu satu kejayaan, kalau tak sia-sialah kau bercerita pasal diri kau ke hulu, ke hilir, ke baruh, ke darat.
Sama-samalah kita mengikis sifat itu jika ada kerana ianya tidak elok.

0 comment: