Thursday, October 7, 2010

Matt Romeo

Di Malaysia ni, sangat sedikit penulis novel yang boleh merentap hati aku dengan tulisannya. Merentap ni bukan maksud yang boleh buat aku menangis, tapi yang boleh buat aku baca novelnya dari awal sampai habis tanpa berhenti.


Salah seorang penulis tersebut ialah Matt Romeo yang identiti sebenarnya sampai sekarang aku tak ketahui. Matt Romeo ni kolumnis tetap dalam majalah Gila-Gila sejak entah bila pun aku tak tau. Yang aku tau, sejak aku beli Gila-Gila bermula 1993, dia dah memang menulis kat situ.


Pada mulanya aku tak baca langsung kolum dia. Entah, tak menarik minat aku langsung. Masa tu pun yela, aku kecik lagi, darjah-darjah lagi, mana la minat nak baca artikel-artikel, kolum semua ni, yang aku tau tengok kartun dalam Gila-Gila tu jela.


Sampailah satu ketika di penghujung 1997, sebagaimana yang semua tau, negara dilanda kegawatan ekonomi. Masa tu di samping Gila-Gila, aku jugak pembeli tetap komik Hong Kong Pendekar Laut & beberapa komik lain. So, disebabkan duit belanja yang terhad, aku terpaksa memilih sama ada nak meneruskan beli Gila-Gila atau komik Hong Kong tu. Masa ni laaahhhh aku rasa aku tak patriotik langsung, hahaha. Aku pilih Pendekar Laut & tinggalkan Gila-Gila sebab aku masa tu memang dah sangkut habis-habisan dengan Pendekar Laut. Gila-Gila pulak, di penghujung 1997, menyaksikan ramai kartunis tiba-tiba lesap tanpa khabar berita. Pastu pulak, kualiti kartunnya semakin merosot. Aku still bole bertahan lagi dengan harga RM3.20 Gila-Gila setiap keluaran, tapi bila dah naik jadik RM3.50 penghujung 1997, aku terpaksa berhenti membelilah. Ada duit nanti, aku sambung balik beli macam biasa. (Aku cerita panjang lebar pasal Gila-Gila ni lain kalilah).


Balik semula kepada Matt Romeo. Sampai satu ketika bila aku dah lama tak beli Gila-Gila, aku akan belek balik Gila-Gila yang lama-lama. Rindu oiii bila dah tak beli Gila-Gila, so Gila-Gila yang lama jelah aku tatap balik berkali-kali. Disebabkan menatap berkali-kali tu lah aku terfikir, apa kata aku baca segala jenis artikel atau kolum yang ada dalam Gila-Gila waktu tu. Mansasau ke, Minahleter ke, Matt Romeo ke, semua aku baca. Bayangkanlah dulu masa mula-mula beli aku tak pandang pun kolum diorang ni.


Masa tu lah aku sudah sangkut dengan tulisan Matt Romeo. Mula-mula baca gitu-gitu je. Rupa-rupanya baru aku sedar kolum tetap dia tu bersambung tiap-tiap keluaran Gila-Gila. So terpaksala aku bongkar balik ‘episod’ dia dari keluaran Gila-Gila 1993 sampailah ke 1997. Ramai ‘perempuan’ dalam hidup dia antaranya Tengku Asyikin, Jacynthia, Zakiah, Rahayu, Anis, Yuyu (pastu aku dah stop beli Gila-Gila). Rasa-rasanya satu pun tak kekal, haha.


Matt Romeo pun pernah buat novel bersiri dalam Gila-Gila selain daripada kolum tetap dia tu. Antaranya Joget Cinta Kedua & Anak Dara Menteri. Pun aku layan jugak.


Yang sebetul-betulnya aku start jadik peminat Matt Romeo sampai tergamak mengumpul novel dia ni ialah waktu aku menganggur lepas habis SPM dulu. Yelah, orang lain kerja cashier la, itu la, ini la, aku menganga kat rumah, pemalasla katakan. So disebabkan tidak ada aktiviti yang nak dilakukan, aku berkira-kiralah nak membaca pulak. Masa tu jangan cakapla bahan bacaan ilmiah, aku tak reti appreciate lagi okey. So entah camne satu hari tu waktu aku merayau-rayau kat Sungei Wang, aku singgah kat satu kedai buku & nampaknya kedai buku tu masih bertahan sampai sekarang. Aku belek-belek novel Matt Romeo yang berjudul Keranamu Ainon (2002). Aku tak tau ni novel ke berapa dia, tapi tak silap aku novel pertama Matt Romeo ialah Joget Cinta Pertama (1994). Aku tak taula novel-novel dia ni best ke tak tapi based on track record dia dalam Gila-Gila, takkanlah aku tak suka pulak novel dia kan.


So aku bacalah novel Keranamu Ainon tu. Not bad. Novel kedua dia yang aku beli - Madu Impian (2001). Yang ni memang best! Madu Impian ni novel sebelum Keranamu Ainon. Lepas tu keluar pulak Anak Dara Menteri (2003). Masa tu baru aku perasan Matt Romeo ni jenis keluar novel setahun sekali. Maka berterusanlah dia dengan Anak Dara Menteri 2 (2004) & Anak Dara Menteri 3 (2005), semuanya habis aku khatam.


Apa yang menarik minat aku dengan Matt Romeo ni ialah gaya penulisannya yang sangat menarik, terutamanya dalam mengibaratkan sesuatu. Cara dia membuat analogi dalam sesuatu perkara tu, atau menyifatkan tentang sesuatu tu, agak exaggerate (ada istilahnya dalam sastera tentang analogi semacam ini tapi aku tak ingat) tapi exaggerate dia sangat melucukan, kadang-kadang sampai aku gelak terbahak-bahak. Tak payahla aku nak perturunkan satu-satu contohnya kan. Yang penting, humornya dalam bidang ’sifat-menyifat’ ni memang superb. Dengan kelebihan dia dalam ’sifat-menyifat’ benda ni, dia bukan saja boleh menulis novel cinta, malah apa jugak genre novel sekalipun. In fact, novel-novel dia taklah 100% cerita pasal cinta je, ada yang pasal politik macam dalam Anak Dara Menteri & penceritaannya pasal politik tu sangat best.


Selepas Anak Dara Menteri 3, tidak ada lagi novel baru dari Matt Romeo sampailah ke la. Mungkinkah dia bertapa atau apa, aku tak tau. Tapi dia masih lagi menulis secara tetap di dalam Gila-Gila. Cumanya sejak setengah tahun ni, dia lesap terus dalam Gila-Gila, ke manakah kolumnya, aku tak tau.


Mungkinkah dia sudah insaf? Haha, aku tak tau sama ada Matt Romeo ni benar-benar Matt Romeo sebab kalau sungguh dia Matt Romeo dia memang dah tua sekarang, at least awal 40′an. Pernah dulu dalam Gila-Gila dia buat confession, Matt Romeo memang ada, Jacynthia ada, Tengku Asyikin ada, cuma perempuan-perempuan ni tak tau yang mereka adalah watak tersebut. Well, watak Matt Romeo tu sendiri digambarkan sebagai seorang penulis di Gila-Gila & perempuan-perempuan tu tau yang Matt Romeo ni bekerja sebagai penulis kat Gila-Gila, cumanya perempuan-perempuan ni tak tau yang Matt Romeo tu ialah lelaki yang mereka ‘dating’i. Betul ke tidak? Entahlah…Ada jugak aku terbaca yang Matt Romeo ni pernah berkahwin & kemudian bercerai tapi aku tak tau peri butirnya sebab aku baca Gila-Gila pun lompat-lompat setelah aku tak membelinya selepas 1997.


Sebagai seorang penulis, mungkin agaknya Matt Romeo terfikir, sampai bilakah dia nak beromeo lagi di dalam tulisannya. Tidakkah orang jemu, tidakkah orang bosan? Aku takde jawapan, tapi aku masih lagi boleh menerima karya-karyanya & belum lagilah karya-karyanya itu mencapai tahap tepu & keras.


Dek kerana dia lama tak menulis, aku dah mula cari novel-novel dia yang terdahulu sebelum Madu Impian. Yang ada pada aku misalnya Joget Cinta Pertama, Kandang Cinta Kita, Jantan Romeo (novel dia yang paling mengachiwakan setakat ni, takde hala tuju), apa lagi ek, tu je kot. Yang lain aku tak terjumpa lagi kat booth Creative Enterprise masa pesta buku.


Nak bertapa ke, nak berehat ke, terpulanglah kepada Matt Romeo. Tapi aku sebagai peminat tulisan dia benar-benar berharap jangan terlalu lama. 4 tahun tanpa novel pun sudah terlalu lama, apatah lagi kalau tak menulis langsung setengah tahun ni. Sungguh negara kekurangan penulis humor sepertinya.

9 comment:

Remy German said...

Saya pun salah sorang peminat Matt Romeo. Ntah ke mana la beliau sekarang ye..

Remy German said...

Saya pun salah sorang peminat Matt Romeo. Ntah ke mana la beliau sekarang ye..

Kawe Hanya Peminat! said...

Saya pun Peminat dia. Novel Kandang Cinta Kita je xada dlm koleksi. Kecewa juga bila dia tiba2 Tak ada dalam gila-gila. Blognya pun sunyi sepi xupdate dah. Sayang

Zac Ali said...

Aku masih cari novel-novel Matt Romeo. Belum complete lagi!

kintakantu said...

Kalau ada sesiapa hendak menjual novel joget cinta pertama ( 1994) boleh email saya teacherlynn132@gmail.com

Anonymous said...

nak tahu...bukak bigo id:immaya

Anonymous said...

nak tahu...bukak bigo id:immaya

Anonymous said...

nak tahu...bukak bigo id:immaya

Anonymous said...

nak tahu...bukak bigo id:immaya