Monday, August 9, 2010

Jangan Marah Kalau Aku Kata IQ mu di Perut


Bila perut yang tolong fikirkan untuk tuannya...
Tuan: Perut oh perut, patut tak aku boikot Coca-Cola tu,
Perut: Tuan ni budus ke. Tuan minum je la Coca-Cola tu, sedap gila tu tuan..Gila pun tak sedap macam tu. Takyah terpengaruh la dengan cakap budak hingusan tu. Nanti kalo tuan boikot, orang-orang yang keje kat kilang Coca-Cola tu susah la nak cari makan. Orang-orang melayu kite tu tuan..
Tuan: Perut, kau memang bijakla. Nanti aku besarkan kau lagi.

Hah! Perut tolong pikirkan. Ish ish..

Matlamat hidup perutan:
Makan sedap, rumah besar, kereta mewah, kerja gaji besar, bini lawa, simpanan bank juta-jutaan, tanah berekar-ekaran. Kalo boleh nanti mati, tuh harta-harta nak sumbat masuk dalam keranda sekali. huhu.

Bila perut berfikir, akal akan campak ke tepi.
Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang-orang yang tidak mengerti.” (Surah Al-Anfal: 22).

Sesungguhnya mereka itu bagaikan binatang ternakan bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-A'raf: 179).

Sekian..

0 comment: