Yang kat atas ni takde kene mengena pun ngan aku...
bukan aku yang tangkap gambar dorang pon...
Aku cilok kat OhBulan je...
1) Orang Bangsa Afrika Suka Berjalan/Berdiri Di Tengah Jalan.
Sudah beberapa kali aku hampir terlanggar bayang-bayang hitam yang suka berkerumun di tengah-tengah jalan berdekatan tempat tinggal aku. Aku kurang faham mengapa mereka perlu berdiri betul-betul di tengah jalan, bukan di bahu jalan atau di tempat pejalan kaki. Aku andaikan ini kerana dari mana mereka berasal ini merupakan perkara biasa. Mungkin sebab batasan jalanraya untuk kereta lembu dan kereta kuda di sana mungkin sukar untuk dipastikan mana hadnya. Iaitu di mana jalanraya berakhir dan laluan pejalan kaki bermula. Atas sebab ini perangai ini mungkin terbawa-bawa sampai ke sini. Mungkin seperti mana kita selalu minta sos cili ketika di makan di luar negara.
2. Orang Yang Borak Berslanga Selalunya Didiskriminasi.
Ini khas untuk Bahasa Inggeris. Kalau kamu dibesarkan di negara luar memang sah cara percakapan Inggeris kamu akan berbeza dengan cara biasa di sini. Diskriminasi di sini tidak selalunya negatif, malah mungkin atas sebab slanga kamu itu kamu dipandang tinggi. Maklumlah kita di sini suka sangat dengan benda-benda luar. Kalau slanga yang asli itu tidak mengapa, tetapi slanga yang dipungut selepas hanya sebulan di negara luar itu yang tidak boleh tahan. Setahu aku slanga yang sebegini tidak akan kekal selamanya, dan biasanya akan hilang selepas seketika. Macam aku, aku tiada slanga pun. Malah, ketika berborak dengan orang Amerika atau Britain mereka yang kagum sebab slanga aku berbeza dari mereka. Jadi amalkan Bahasa Inggeris slanga Malaysia ya? (Bukan slanga Melayu.) Tiada untungnya berslanga Amerika, British atau yang paling meluat, Australia yang dibuat-buat.
3. Perempuan Indo (Bukan Indon) Lawa Biasanya Bermisai Nipis.
Ini selalu aku lihat, bukan sahaja di sinetron-sinetron di Astro malah di depan mata aku sendiri. Dari jauh memang lawa, tetapi bila didekati akan ketara mekap tebal dan misai nipis di atas bibir. Aku pun tidak tahu mengapa. Mungkin kebiasaan dari sana? Tidak pernah dengar pasal threading ke? Misai hanya untuk orang lelaki, terima kasih.
4.Orang Yang Meludah Di Restoran Dan Tempat Awam.
Biasanya orang tua suka buat begini. Aku tak peduli sama ada kamu lebih tua dari aku ataupun tidak tetapi jika kamu inginkan aku hormati kamu sila jangan meludahkan kahak di depan aku ketika aku makan. Macamlah tidak pandai gunakan sinki dalam tandas. Sebentar tadi ada dua pakcik perasan kaya buat sebegini ketika aku makan di kedai mamak. Selalunya aku doakan mereka ini supaya sakit perut atau kena radang tekak selepas makan.
5. Orang Yang Tidak Menunggu Giliran.
Golongan ini juga selalu aku jumpa, terutama ketika beratur di bank, atau ketika beratur untuk membayar minuman dan makanan. Yang paling sakit hati ialah budak-budak kecil yang disuruh membeli sesuatu oleh ibubapa mereka (yang tunggu di tepi), tetapi mereka sedikit pun tidak menyuruh anak-anak mereka untuk beratur. Lagi-lagi kalau mereka berbangsa Arab. Biasanya aku akan doakan yang anak-anak mereka ini akan derhaka bila mereka besar kelak dan peningkan mereka dengan masalah anak luar nikah, ah long dan sebagainya.
6. Orang Yang Lihat Aku Atas Bawah Dan Fikir Mereka Lebih Bagus.
Terutamanya di hari-hari aku berpakaian selekeh ataupun kasual. Walhal kemungkinan besar gaji bulanan aku lebih besar dari gaji mereka. Kalau mereka berpakaian sut Tom Ford dari atas ke bawah mungkin boleh dimaafkan, (walaupun mereka beli dengan wang ibubapa/sugar mommy/daddy mereka, OK-lah mungkin tiada pengecualian di sini.) tetapi yang tidak boleh bla ialah mereka yang kononnya ada kuasa. Lagi-lagi penjaga keselamatan atau pun pegawai bank. Kiranya sesiapa yang diamanahkan kuasa-lah. Aku biasa tidak pedulikan golongan ini (sebab tidak relevan untuk aku pun) tetapi di dalam hati aku doakan mereka turun pangkat. Kalau pangkat sudah rendah sangat aku doakan mereka hilang kerja. Kalau bukan dengan orang dalam kuasa tetapi dengan orang yang aku tak kenal di acara-acara seperti pertandingan Ratu Bikini Melayu 2008 misalnya (memang ramai jumpa orang yang begini) aku biasanya tenung mereka balik sampai mereka malu. Sebab renungan aku sememangnya tajam dan tidak juling.
7. 'Kenalan' Yang Harapkan Aku Tegur Mereka Dahulu Sebab Mereka Fikir Mereka Lagi Bagus.
Aku ramai kenalan begini. Bukan kawan, tetapi kenalan. Kawan ialah orang yang kamu ambil peduli, kenalan ialah orang yang kamu kenal tapi tidak semestinya peduli. Tidak kisahlah sebab apa mereka fikir mereka lebih bagus (semuanya hal-hal keduniaan) tetapi kalau kamu tidak berusaha untuk menegur aku walaupun aku lalu di depan kamu atau duduk semeja dengan kamu maka secara automatik nama kamu akan dipotong sebelum dinaiktarafkan menjadi 'kawan'. Kalau kamu sebelum ini sudah pun menjadi 'kawan' maka malang bagi kamu. Kalau kamu fikir aku yang harapkan kamu tegur dulu, kamu memang tidak kenal aku betul-betul jadi sila potong nama aku dari buku kamu, dan buat kawan baru yang sanggup tegur kamu 24 jam sehari. Orang begini aku doakan akan segera mendapat kawan sejati yang akan menikam dari belakang kau-kau atau lari dengan wang mereka.
8. Orang Yang Tidak Menghormati Ruang Peribadi Aku.
Terutamanya mereka yang suka bercakap dekat sangat dengan aku. Lagi-lagi yang lelaki. Aku ada 'ruang peribadi' yang amat aku hargai, jadi aku harap kamu hormati ruang tersebut. Itu kalau yang kenal, kalau yang tidak kenal dan suka berdiri dekat-dekat dengan aku ketika sama-sama menunggu sesuatu aku lagi rimas. Lagi-lagi yang badan berbau tengik ataupun bertudung masam. Contohnya ketika beratur di mesin ATM, (sebenarnya beratur di mana-mana punlah) ataupun ketika sama-sama menaiki kenderaan awam. Sila jauhkan diri kamu sekurang-kurang 1 meter dari badan aku, kecuali kamu berada di tempat yang bising dan kamu rasa aku sedikit berminat dengan apa yang kamu ingin cakapkan kepada aku tetapi aku tidak dengar. Juga amalkan pemakanan gula-gula mints dan kebersihan badan. Kalau kamu tahu badan kamu busuk akibat berpeluh seharian sila beri amaran. Aku tidak doakan apa-apa untuk golongan ini kecuali sedar tentang konsep 'ruang peribadi'.
9. Orang Yang Cuba Menjual Sesuatu Yang Aku Tidak Perlu Kepada Aku.
Ini khas untuk mereka yang mengamalkan 'multi-level marketing'. Aku tidak berminat dengan risalah-risalah kamu atau cerita tentang kenalan kamu yang berjaya membeli BMW hasil penjualan barang-barang mahal yang tidak berkualiti, sebab aku rela bekerja keras untuk mendapatkan hasil duit titik peluh sendiri dengan cara normal. Selalunya kalau ada kawan-kawan aku yang sudah lama tidak berhubung menelefon aku, aku akan berikan amaran dahulu kalau-kalau mereka cuba untuk memujuk aku masuk 'downline' mereka. Kalau untuk berparti aku sudi. Orang-orang begini aku akan doakan kejayaan mereka agar tanpa penglibatan langsung dari aku dan agar berjaya membeli kereta BMW yang diidam-idamkan, walaupun yang terpakai dan yang dipasang di Malaysia.
10. Orang Yang Pinjam Barang Aku Selama Setahun.
Aku juga mungkin bersalah dalam hal ini. Aku ada sekeping CD yang aku sudah pinjam selama 12 tahun. Jadi maafkan aku. Tetapi kalau kamu pinjam buku/CD/DVD aku dan masih tidak dipulangkan sampai setahun sila habiskan membaca/mendengar/menonton dan cepat-cepat pulangkan kepada aku, ya? Mungkin aku patut mula membuat senarai barang pinjaman sebab sejak kebelakangan ini rumah aku macam perpustakaan media. Aku tidak doakan apa-apa untuk golongan ini sebab aku kan kawan kamu?
Selamat hari lahir
7 years ago
0 comment:
Post a Comment