Friday, March 4, 2011

Nafastari

Entah kenapa aku tertarik betul dengan blog Nafastari ni. Dah lama sebenarnya aku follow blog dia. Keindahan ayat-ayat yang tersusun rapi bercerita tentang kehidupan, keluarga, agama, teman-teman malah dirinya sendiri. Blog, tentulah untuk bercerita tentang apa sahaja. Dia hanya manusia biasa yang meluahkan perasaan dan berkongsi cerita sesama manusia lain. Tapi mata aku bagai terpaku pada status wall seorang sahabat di facebook mengenai blog yang penulisnya telah kembali ke rahmatullah. Nafastari! Masyaallah...
Begitulah kehidupan. Kadangkala kita tidak mengjangkakan takdir ilahi. Segala apa yg berlaku telah ditentukanNya. Dari sekecil-kecil perkara. Hinggalah kepada sebesar-besar perkara .Tak dapat dibayangkan perasaan seorang isteri ketika itu. Al-Fatihah buat beliau. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 

0 comment: