Begitulah perumpamaan orang dulu-dulu..
sesungguhnyer kata-kata yang berbisa meninggalkan parut yang sukar diubati..
dari itu amat digalakkan berfikir dulu sebelum meluahkan isi hati..
“Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang sia-sia (tidak berguna)"
(surah Al-Mukminun : 1-3)
berbicara dengan seseorang tidak kira secara langsung maupun melalui medium cetak dan lain-lain mempunyai tatacara dan adab yang tertentu. setiap perbicaraan yang keluar daripada seseorang menunjukkan apa yang ada dalam fikiran serta perangainyer. berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari yang tidak berfaedah merupakan ibadah yang besar pahalanyer. sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud
"daripada kebaikan iman seseorang itu ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya"
(hadith riwayat at-Tirmidzi)
orang yang berjaya menahan serta menghindarkan diri daripada berkata pada yang sia-sia merupakan tanda kejayaan hidupnyer sebagai seorang mukmin.
seperti kita tahu sesungguhnyer kata-kata itu adalah suatu doa, maka berkata-katalah dengan sebaik-baik perkataan.
Dari Abu Darda' RA, Rasulullah saw bersabda,
"sesungguhnya bila ada seseorang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit tetapi pintu-pintu langit itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu-pintu bumi itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut.
kemudian kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri; apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya, apabila orang itu patut mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan tersebut"
(riwayat Abu Daud)
oleh itu, kita harus berhemah apabila mengeluarkan pendapat, andai marah sekalipun janganlah teguran itu dihamburkan dengan sumpah seranah dan maki hamun..
ditakuti kelak kata-kata nista itu berbalik semula kepada kita.
aku,
lebih baik dok diam-diam..
0 comment:
Post a Comment