Saturday, November 20, 2010

Persetankan apa kata mereka...



Jika anda seorang yang gemuk, paling kurang ada seorang manusia akan mengatakan kepada anda, “gemuknya dia tu…”.

Jika anda kurus, maka ada insan akan berkata, “kurusnya..”.


Jika anda seorang yang teramat tinggi daripada biasa, ada yang akan berkata sambil tersenyum, “tengok tu, tinggi macam galah!”.
Jika anda amat rendah (kenit?), mereka si manusia akan berkata, “hehe, keciknya, rendahnya…”.
Jika anda tiada kaki, atau tiada tangan, atau cacat anggota, keadaan anda itu akan menarik perhatian orang dan mereka akan berkata, “orang cacat macam tu boleh berjaya ke?”.
Jika anda pekak dan bisu, orang akan kurang yakin dengan anda, “boleh ke berurusan dengan orang macam ni?”.
Jika anda ‘hitam’ dan gelap, mereka berkata, “hihihi, hitam macam arang”.
Jika anda…..


Ahh, tidak kisah siapa anda, kurus, gemuk, tinggi, rendah, cacat…


Manusia lain hanya tahu berkata dan mengata mengenai orang lain sahaja! Tetapi kekurangan mereka akan cuba dinafi-nafikan dan akan cuba ditutup dengan sejuta lapis penutup agar orang tidak nampak.


Mengapa mereka hanya tahu mengkritik dan memberi komen mengenai orang lain?


Adakah mereka sempurna? Lengkap? Hebat?


Wahai manusia, usahlah hanya melihat dan berkata mengenai orang lain sahaja. Kerana bila tiba satu masa, orang lain pula akan bercakap mengenai kekurangan kamu!


Hisablah diri sendiri dahulu sebelum menyibuk berkata mengenai orang lain.


Kepada anda yang sering menerima ‘tekanan’ daripada mana-mana manusia, usahlah mudah terpedaya dengan kata-kata mereka yang tidak bertanggungjawab itu.


Tidak kisah anda gemuk, tinggi menggalah, kurus macam lidi, pendek macam budak, bulat macam bola, kulit hitam macam arang…


Janji anda berjaya dan lebih berjaya daripada mereka!

Chaiyok!! Pandangan Mata selalu tersasar, tetapi pandangan hati la yang lebih selamat. Kita ni pun nama manusia, hidup mana ada sempurna. Jadilah manusia yang berhati mulia.

Tahukah anda bahawa perkataan itu lebih tajam dari mata pedang? Janganlah disebabkan anda berkata sesuatu yang negatif pada seseorang, ianya mungkin akan memberi kesan mendalam kepada orang tersebut. Maka eloklah kita diam dari mengatakan yang tidak perlu.

Kepada yg selalu diberi komen negatif, tumpu 100% pada usaha anda. Pedulikan komen negatif mereka. Walaupun komen itu benar, namun kadang-kadang kita perlu melihat kepada keadaan semasa. Merubah keadaan fizikal seperti yang mereka mahukan berbanding dengan berjaya dalam suatu usaha yang lebih banyak manfaatnya, mana yang lebih penting pada masa tersebut? Bagi saya, menumpu pada kerjaya atau kerja kita lebih penting daripada bersusah payah untuk ‘memuaskan’ hati orang lain!

Yang penting, anda perlu ada matlamat hidup, bekerja kuat dan terus-menerus berusaha sehingga berjaya. Bentuk fizikal bukan ukuran untuk berjaya! Tapi ia terletak pada semangat dalaman, matlamat, usaha, hati, ILMU dan taqwa. ‘Apa guna muka hensem dan cantik melecun tapi luka sikit pun menangis: manja’. Ya, hanya mereka yang ada sifat baik lebih dicintai oleh Allah berbanding mereka yang hanya suka bercakap mengenai kekurangan orang lain.




0 comment: